KidsNowaDays : Gurauan Maut

(Copy&paste) Sedih baca berita murid f3 maut jatuh siling dewan sekolah…

Kwn dri Perlis msg kwn2 sorok pencil case dia. Depa suh dia pi ambik sendiri. Masa jumpa mayat dia masih pegang pencil case tu. Jatuh dri 30 kaki tue. Melampau betul gurauan budak2 skg ni.

Dia budak susah, duduk dgn atok.. Mkn pun cikgu2 dok belanja. Sbb tu la dia nak juga usaha ambik pencil case dia.. Kwn arwah ckp pencil case tu dia peluk kuat masih dlm genggaman sbb budak ni org susah. Nak exam pt3 lg 2 mgu.. Bkn mcm anak org lain mak pak beli serba baru bila nak exam.. Wahai anak2 skalian, jgnlah buat prank2 yg mengarut, terlibat dgn ragging dan melayan kehendak kawan2 atau tunjuk kelebihan yg melampau..

Al-Fatihah bt mangsa…

Alkisah yang menyayat hati untuk sekolah.. sebak nya rasa hati melihat mangsa..semoga Syurga tempat beliau…

Buat anak-anak :


Mampukah lagi tersenyum pada saat ini? 


Sesal kemudian tiada gunanya.. semoga yang membuat angkara bertaubat kepada Allah, mungkin dengan itu baru tenang hati mereka..

Banyak sebenar kes mangsa buli yang akhirnya maut dan ada juga yang membunuh diri akibat tidak tahan di buli… so apakah tindakan ibu bapa dalam menangani masalah ini? Ibu bapa dan guru seharusnya memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini.. Ianya bermula di rumah dan didikan awal sedari kecil…

Kebanyakan mangsa buli mempunyai masalah dipression ataupon stress, sebab tu mereka suka menindas orang lain.. Ini mungkin juga pengaruh dari didikan semasa kecil yang mungkin sering dimarahi pengasuh ataupon ibu bapa sendiri… So, ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam memberi ketenangan kepada hati-hati muda yang sering memberontak ini.. Didikan agama paling penting kerana keimanan seseorang itu mampu menjauhkan mereka kepada perkara-perkara yang tdak elok seperti begini… 

Besarkan anak-anak anda dengan penuh kasih sayang , semoga mereka akan membesar dengan jiwa dan hati yang penuh kasih sayang sehingga tidak mampu menyakiti hati insan lain… Insha Allah…

Doa ibu juga paling mustajab, sentiasalah mendoakan kebaikan kepada anak-anak kita. Semoga anak-anak kita terhindar dari permasalahan ini.

Wallahualam…

Saya bukan Pembuli,

Shamiera Osment
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s