Malaysia Berkabung : Pray for MH17

Pada lewat malam 17 Julai 2014, Malaysia digemparkan dengan kejadian pesawat MH17 yang ditembak sehingga jatuh di sempadan Ukraine and Russia… 

Berikut adalah kronologi ringkas tentang kejadian yang di petik dari Bernama:
17 Julai (Khamis)
* 12.15 Tengah Hari – (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.
* 10.15 MALAM – (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
18 Julai (Jumaat)
* 12.00 TENGAH MALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: “Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta.”
– Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.
* 2.07 PAGI – Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.
* 2.30 PAGI – Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu “tragedi dasyat” dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.
Pada 22 August setelah 36 hari dari detik menyedihkan itu 20 jenazah mangsa di bawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan mengikut cara agama masing-masing dan Malaysia di istiharkan hari berkabung bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa kejadian… Dalam tika ramai yang menangisi di hari perkabungan itu ada juga hati-hati kering yang mempersoalkan motif perkabungan. Ada yang menyatakan mangsa bukanlah sesesiapa pon, perlukan diberi penghormatan yang begitu tinggi? Ada yang mempersoalkan askar yang syahid di Lahad Datu tidak diberi penghormatan sebegitu rupa? Polis yang mati bertugas? For me kalau setiap polis dan askar mati dalam perjuangan kita hendak berkabung, maunya Malaysia berkabung sebulan sekali.. kan?   
Hari ini dalam sejarah

Hakikat sebenarnya ini mungkin adalh rezeki mereka walaupon mati dalam keadaan yang menyayat hati tetapi pada akhirnya mereka didoakan oleh berjuta insan di dunia ini untuk kesejahteraan di dunia selepas kematiaan mereka.. dan bagi saya penghormatan ini wajar, walaupun mereka bukanlah pejuang Malaysia tetapi mereka tetap rakyat Malaysia yang mati DIBUNUH oleh anasir-anasir jahat… Ini adalah sejarah yang menyayat hati untuk negara kita Malaysia dan kita yang menjadi saksi hari ini pasti akan bercerita tentang kesedihan dan kekejaman ini pada cucu cicit kita suatu hari nanti…

Detik perjalanan terakhir mangsa-mangsa
Pada hari ini 24 August 2014, lagi 3 jenazah dibawa pulang dan diberi penghormatan yang sama walaupun tanpa hari perkabungan.. semoga selebih lagi jenazah rakyat Malaysia dapat tiba di Malaysia secepat mungkin..

Saya mengucapkan Al Fatihah dan sekalung takziah kepada keluarga penumpang-penumpang MH17 yang terkorban. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,

Al-Fatihah

#MH17dalamkenangan
Shamiera Osment
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s